Sep 30, 2009

RAHSIA NUR

NUR

Menurut pembahagian, nur itu terbahagi kepada dua iaitu :

1. Nur Lahir (Hissi) iaitu cahaya yang menolong kita melihat sesuatu dengan mata kepala kita sendiri seperti cahaya matahari yang member kita cahaya terang dikala siang.

2. Nur Batin(Ma’nawi) iaitu cahaya yang menolong kita melihat dengan mata hati terhadap sesuatu yang ghaib atau memahami sesuatu hakikat atau pengertian. Nur batin itu terbahagi kepada 8 jenis, iaitu :

a) Nur Al-Iman : Cahaya Keimanan iaitu cahaya sejati yang dapat menembusi segala kegelapan dimana akan ternyata keagungan dan keesaan Allah menyinari hati insane.

b) Nur Al-Qalb : Cahaya Hati iaitu cahaya yang wujud dengan sempurna dengan memperoleh sinaran cahaya dari Nur Al-Iman.

c) Nur Ar-Ruh : Cahaya Ruh(jiwa) iaitu cahaya yang diperoleh dengan sebab kepatuhan yang sungguh-sungguh kepada Allah dan menyucikan peribadi daripada perlakuan liar dan adat resam yang merugikan sehingga ruhnya dapat berhubung dengan Alam Malaikat.

d) Nur An-Nafs : Cahaya Peribadi yang wujud dengan sempurna berikutan dengan memperoleh sinaran daripada Nur Ar-Ruh

e) Nur As-Sirr : Cahaya Rahsia yang diperoleh dengan mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan yang diikuti dengan hubungan kepada Maha Pencipta tanpa selain-Nya sehingga dapat menyaksikan kebesaran Ilahi di Alam Malakut dan Alam Mulk dan Syahadah.

f) Nur Al-Aql : Cahaya Akal yang wujud dengan sempurna dengan memperoleh sinaran cahaya daripada Nur As-Sirr.

g) Nur Al-Quran : Cahaya Al-Quran yang merupakan Nur Allah SWT yang berhubung rapat dengan zatNya yang Maha Tinggi. Hakikat nur ini adalah diserahkan kepada Allah. Cuma diketahui bahawa nur inilah yang menimbulkan Nur As-Sirr dan Nur yang lain-lainnya.

h) Nur Al-Kaysf : Cahaya Singkapan iaitu Nur Al-Quran yang merupakan nur yang paling tinggi dan member kesan istimewa. Nur ini dapat menggilap cermin hati para insane dengan membaca ayat-ayat suci, zikrullah, juga dengan memakan makanan yang halal, berlaku ikhlas, berpuasa meninggalkan sesuatu yang memesongkan, sentiasa membersihkan diri dan peribadi dengan mengekalkan wudhu dan menjaga segala waktu untuk ketaatan dan berbakti kepada Allah SWT.

Menurut golongan sufi bahawa nur ini memungkinkan mengangkat pandangan kepada Arasy dan Kursi dan menyaksikan segala nur-nur yang indah sehingga terbuka segala rahsia-rahsia alam dan bermacam-macam rupa alam ghaib.

3 comments:

AbiDamia said...

masa satu nur yang tuan dapat?

jamal said...

Nur itu adalah rahsia Allah..seeloknya tidak diwar-warkan kepada org lain..cukuplah dgn mengatakan dgn NUR inilah saya dalam menyuluh dalam kegelapan..Jika tuan menyusuri jalan tasawwuf,pasti akan lebih merasai dan mengalami rahsia2 ini..InsyaAllah...

Anonymous said...

salam tahniah bagus blog ini..bermanfaat pada semua..